Wednesday, 16 November 2011

cara Rasulullah melayan isteri :)

Bermesraan adalah upaya suami isteri untuk menunjukkan saling kasih sayang dalam bentuk lisan. Sentuhan tangan dan gerak tubuh lainnya, adalah termasuk lambang bukan lisan ketika suami berkomunikasi dengan isterinya. Komunikasi lisan semata-mata belumlah berkesan jika belum disertai oleh komunikasi bukan lisan.


Rasulullah pun merasakan pentingnya bermesraan dengan isteri. Bahasa cinta Rasulullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan hingga baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


Tidur dalam satu selimut bersama isteri


Ini tercermin dalam hadis beriku: Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”


“Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)


Memberi wangi-wangian pada auratnya


Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Mandi bersama isteri


Daripada Aisyah, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


Disisir isteri


Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid.” (Hadis riwayat Ahmad).


Meminta isteri meminyakkan badannya


Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah.” (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)


Minum bergantian pada tempat yang sama


Daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.


“Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)


Membelai isteri


“Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Tidur di pangkuan isteri


Daripada Aisyah, beliau berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)


Memanggil dengan kata-kata mesra


Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra.


Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)


Memberikan hadiah.


Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”


Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)


Begitu indahnya kemesraan Rasulullah kepada isterinya. Ia memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi bukan lisan kerana bahasa tubuh ini akan lebih berkesan menyatakan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.
sekian, wasalam.



Monday, 24 October 2011

Pengakuan Seorang Lelaki : Aku Sayang Gila Awek Aku...



saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia.. nak
jumper die giler forever.. yang forever punye
forever.. di dunia dan akhirat terutamanya,
janji nak share heaven sama2.. bahagia
selamanya...

semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun
infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas
ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah
ampunkanlah kami.... semoga kami dapat
bersama selamanya nanti...

Amin..






Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini 

ahmadfahrullah

Tuesday, 18 October 2011

myMetro | Kelar bayi dalam asrama

myMetro | Kelar bayi dalam asrama

sedih melihat remaja sekarang yang tidak tahu erti kesian. inikah orang2 yang nk di banggakan pada masa hadapan. jikalau begini dari awal,kemungkinan negara boleh menjadi mundur. apalah salah sifat bayi tersebut sehingga di bunuh malah di kelar sehingga terburai perut bayi tersebut. insaf-insaflah remaja sekarang. ingatlah allah. kuatkan iman kerana iman dapat menghindarkan segala perbuatan maksiat. insyaallah. renung2kan dan selamat beramal :D

Sunday, 16 October 2011

aku menyesal kahwin ....


ni cerita aku.. Aku  baru aje kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia. Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa "follow" je la. Arghh, menyesal betul kahwin....
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku saja nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah.... haha. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.
Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit aje ada orang sound. "Jom la b tidur...".  Kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan sedap-sedap, sebab beli di kedai.. Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecil aje, kena ikut jadual makan! Dah lah kadang-kadang dia masak masin lah, pahit lah.. Lepas tu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur banyak-banyak. Tak makan nanti kecil hati pula, lepas tu tulis pada status facebook dia. Arghh, menyesal betul kahwin..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak "shopping" bila, kat mana, nak beli apa.. Kira berbelanja tanpa waswas lah. Tu yang shopping kejap saja melayang 2-3 ratus sekelip mata. Hohoho.. Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan lis barang nak beli. Tak ada dalam lis, tak boleh ambil!! Dah lah berjam-jam pusing.. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk 'shopping mall'. Aku je yang muka 'tension'. Arghh, menyesal betul kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-macam 'pesen' la boleh buat.. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak da orang 'sound'. Tapi sekarang, panjang sikit je kena 'sound'.. panjang sikit je kena 'sound'.. Dia kata tak 'hensem' lah, tak kemas lah.. Tak gunting nanti dia tak nak gosok baju aku pula. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan di JUSCO, ada lah seorang awek comel melintas depan kami. Aku pun terpandang 'awek' tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta bini aku (mentang-mentang la aku 'hensem'..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ.
Mahu nya tak kuat, satu foodcourt tengok kami, termasuk 'awek' tadi.. Arghh pertama kali kut rasa malu  macam tu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja (andaian) . Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang 'bestnya', sekarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri.. Semua dah 'ready made'. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa suka. Kalau dulu masa belum kawin, sekali 'iron' baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tak nak iron lagi! (Oppss kantoi..). Lepas tu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang... hehehe.

Lagi yang best, masa aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je.. Yelah, kira ada orang 'take care' la. 'Total care' !! Hehehe.. Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai lah bawa diri kalau demam. Huhu, ..
Lepas tu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding dengan dulu, hmm.. tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hati ku. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!



Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau b tidur lambat
Boleh lah b bangun awal-awal pagi.. kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalau b tak bangun juga,
'sayang cubit je peha b
b tak kan marah..
Lagi b sayang ada la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum b
Tengok sekarang b dah nak gemok da
Tak ada la kurus je macam mula-mula kahwin dulu..
Ke memang nak b jadi gemuk ni?
Syg takut orang lain berkenan kat b ya?
Jangan bimbang atau ragu ok,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong 'iron' baju b
Sebab b memang 'allergic' sikit bab gosok baju
Jangan risau la nanti b gunting rambut..
Sekarang b dah tak selekeh macam dulu
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga
Argghh, menyesal betul kahwin LAMBAT!!!

Friday, 23 September 2011

blog aku

assalamualaikum. :D
adoi2. ak pening tgk blog ni. xphm lgsg. cmne ak nk phm kn smue ek? gilo btl la. ape pn xblh. pape pn thx spe sudi tgk blog ak. hahah
:P